Wednesday, 31 October 2012

Gambar Neelofa Memasak

Embedded image permalink

Neelofa tetap anggun dimata admin..:)

Keranda Beraudio Canggih

Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang di wilayah Pampanga, utara bandar raya ini semalam.


Pemilik kilang itu, Robert Nogoy mengeluarkan keranda tersebut sempena sambutan Hari Halloween.Nogoy menggantikan bahagian dalam keranda itu dengan sistem karaoke bagi memberi kejutan kepada para tetamu parti Halloween.Para tetamu parti Halloween kerap memakai pakaian seperti ahli sihir dan hantu.[metro] Apa kata anda?

Gadis Nakal Dicucuk Garpu Panas




JEMPOL: Marah terhadap adik iparnya berusia 16 tahun yang dikatakan nakal dan gemar bersosial, seorang lelaki ‘mengajar’ gadis itu dengan cara kejam apabila menyimbah remaja berkenaan dengan air panas, mencucuk dengan garpu panas serta melibas dengan rantai anjing di rumah mereka di Pekan Jelai, di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah tinggal dengan kakaknya dan suspek berusia 40-an selepas kematian bapa manakala ibu mereka yang dikatakan pemabuk, sudah lama menghilangkan diri.

Menurutnya, akibat berang dengan sikap mangsa yang dikatakan gemar bersosial serta sering pulang lewat ke rumah, suspek mencurah air panas ke paha mangsa sehingga melecur teruk, Sabtu lalu.

“Mangsa yang kini masih dirawat di Hospital Jempol mendakwa dia juga dicucuk dengan garpu yang dipanaskan dan sebelum ini abang iparnya itu juga pernah memukulnya dengan rantai anjing.

“Bagaimanapun, pihak hospital belum memberi laporan penuh kecederaan mangsa yang belum dapat memberi keterangan terperinci berikutan masih trauma,” katanya.

Hamzah berkata, polis menahan suspek di rumahnya kira-kira jam 10 malam kelmarin, iaitu kira-kira setengah jam selepas polis menerima laporan kes berkenaan daripada Ketua Kampung Pekan Jelai yang prihatin nasib mangsa.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan dan kes sudah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang penganggur lelaki berusia 44 tahun ditahan reman empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan kes mencabul kanak-kanak berusia empat tahun, Sabtu lalu.

Menurutnya, dalam kejadian di Felda Palong 1, dekat sini, bapa mangsa membuat laporan polis selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan ketika mereka mahu pulang ke Seremban selepas menyambut Aidiladha di kampung itu.

“Kanak-kanak itu yang juga anak kedua daripada tiga beradik kemudiannya dirujuk ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan dan suspek yang juga jiran nenek mangsa, ditahan kira-kira jam 8 pagi (kelmarin) di rumahnya,” katanya.

Hamzah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

50 Hal Perempuan Perlu Tahu Tentang Lelaki

1.Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).


10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda atau kisah silam Lelaki itu dengan bekas kekasihnya. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah”kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu). 

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).



22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan perempuan saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.


43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungki bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Lelaki suka yang simple-simple Dan tak suka betangguh jika melakukan sesuatu yang baik ^___^

Abang Sayang Saya?




IMAM SYAFIE pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.”

Mendengar itu, isterinya bertanya lagi, “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?”

Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang.

“Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku MENCINTAIMU kerana CINTAKU kepada ALLAH.”.




Taufan Sandy Mengancam New York ( 3 gambar)








NEW YORK - Gabenor New York, Andrew Cuomo mengisytiharkan darurat menjelang ketibaan Taufan Sandy yang kini sedang menghala ke pantai timur Amerika Syarikat dari kepulauan Caribbean dan Bahamans.

“Kami melaksanakan pelan bersepadu dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan, agensi Persekutuan dan negeri turut memantau pergerakan taufan ini,” katanya.

Jabatan Metodologi New York melaporkan, taufan itu dijangka bertukar menjadi ribut petir serta hujan lebat bermula Isnin atau Selasa ini.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berkata, penduduk di kawasan pantai dipindahkan dan operasi kereta api dan bas ditutup, sekiranya perlu.

“Taufan ini bakal mencecah kelajuan angin sehingga 62 kilometer sejam dan amat bahaya kepada penduduk," katanya.

Di Port-Au-Prince, Caribbean, angka korban akibat taufan ini meningkat kepada 38 orang dengan 26 daripadanya dari Haiti diikuti 11 maut di Cuba dan seorang di Jamaica, sejakJumaat lalu.

Tuesday, 30 October 2012

Pelik: Gambar Yang Tak Diterima Akal










Sekali pandang nampak lucah dua kali pandang rupanya salah..Apa kata anda?

Ngeri: Gambar Tertembak Muka Sendiri




Rupa sejurus selepas pembedahan


gambar sebelum dan selepas pembedahan

Richad,37 tertembak muka sendiri dan dirawat oleh 100 doktor pakar untuk mendapatkan mukanya semula.Apa kata anda?

Pelik: Perempuan ni Cantik Tapi Hodoh

Awek comel kelantan jadi buruk


Amacam?hahaha...admin terkena dah..anda bagaimana?

Gambar Artis Bertudung


(1) Nora Danish


(2) Tiz Zaqyah



(3) Fouziah Gous


(4) Erra Fazira 

(5) Neelofa


(6) Fazura


(7) Lisa Surihani


(8) Maya Karin


(9) Fasha Sandha


(10) Dato’ Siti Nurhaliza

Habib Ali melaknat Yazid -radiyallahu anhu-

Ingatlah kata-kata ini, " Apabila kamu melihat orang berkata lebih kurang tentang sahabat, maka ketahuilah bahawa dia itu zindiq."

Di sinilah pentingnya sanad yang sahih dalam sejarah supaya kita tidak tertipu dengan sejarah yang telah diselewengkan oleh Syiah.




Monday, 29 October 2012

Ustazah Terlanjur Dengan Duda



Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.

Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.

“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.

“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.

Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.

Rozita Che Wan Tidak Tahu WC?




Setelah gambar bogel pelakon jelita, Rozita Abu Bakar @ Che Wan atau dikenali sebagai Rozita Che Wan, 39 tahun, tersebar di sebuah laman blog sekitar awal tahun 2012, dia tampil membuat penjelasan.

Menerusi portal murai.my, pelakon jelita itu menegaskan bahawa foto yang disiarkan itu bukanlah fotonya. Malah dia turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa wanita didalam foto tersebut adalah dia. Ini kerana, dia sendiri tak tahu apakah itu video chat apatah lagi bervideo chat.

Pelakon Kiah Pekasam itu turut memberi penjelasan dimana kemungkinan besar individu yang menyerupai wajahnya menggunakan teknik “super impose”. Dia turut menyatakan barangkali ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjayanya.

Gambar Diana Danielle Ala Saloma


Diana Daniellee

Diana Daniellee


Gambar Aaron Aziz Di Fear Factor








Seramai 30 orang selebriti ternama yang turut serta dalam program realiti ini antaranya Isham, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael dan ramai lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...