Thursday 1 November 2012

Gaji Kakitangan Kerajaan Akan Naik 5%



Gaji kakitangan awam naik 5 peratus tahun 2013

Berita gembira lagi kepada penjawat kerajaan, kakitangan awam bahawa gaji dijangka naik setinggi 5% pada tahun 2013. Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam dalam negara ini bakal menerima kenaikan gaji setinggi peratus tersebut.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti dan mengkaji segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu-isu penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum.


“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.

Berhubung dengan kenaikan gaji lima peratus ini, Datuk Omar Osman, iaitu Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), menyambut berita tersebut dengan positif apabila dihubungi. Datuk Omar Osman berkata tindakan sebegini pastinya dapat melegakan hati penjawat awam di seluruh negara.

Namun beliau masih berharap kerajaan turut mempertimbangkan cadangan CUEPACS yang dikemukakan sebelum ini, termasuklah cadangan berkaitan tangga gaji yang mengikut tempoh kerja kakitangan awam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...