Saturday, 3 November 2012

Kereta Peluru Roket




Seorang pelumba Australia, Rosco McGlashan mahu mencipta rekod lebih laju daripada peluru pada 2014 dengan memandu sebuah kereta.

McGlashan percaya dia mampu mencipta rekod itu dengan memandu sebuah kereta yang dilengkapi teknologi roket pada kelajuan 1,609 kilometer sejam.

Kereta yang dipandunya akan bergerak lebih laju daripada sebutir peluru.

Kos bagi menghasilkan kereta itu ialah AS$4.2 juta (RM12.75 juta).

Kereta itu yang diberi nama Invader 5R sepanjang 16 meter.

Ia dijana kuasa roket dan menggunakan bahan bakar bio serta cecair oksigen.

Dia dan anggota-anggota pasukannya akan menguji kereta tersebut pada tahun depan. – AFP

Apa kata anda?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...