Sunday 28 October 2012

Alat Kesan Ijazah Palsu


ZAINI (tengah) mengimbas ijazah menggunakan perisian Imbas ARQIS yang dicipta oleh Muhammad Zaly (kiri) di UTM Skudai, Johor Bahru semalam.


SKUDAI – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal memasarkan ke luar negara ciptaan perisian yang dikenali sebagai Imbas ARQIS (Academic Record QR Information System) untuk mengesan sijil ijazah palsu.
Penyelidik yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina UTM, Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein berkata, beliau yakin perisian yang pertama seumpamanya di dunia itu mampu menakluk pasaran antarabangsa.
“Sejak mula ia diuar-uarkan, sebanyak empat universiti tempatan termasuk institusi pengajian tinggi swasta sudah menyatakan minat untuk membeli perisian ini.
“Dengan kredibilitinya yang mampu bertindak cepat mengesan sebarang penipuan sijil, saya percaya ia bakal menarik perhatian universiti di peringkat global,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Memperkenalkan Perisian Imbas ARQIS Bagi Mengelak Ijazah Dipalsukan sempena Konvokesyen UTM ke-49 di sini semalam.
Hadir sama ialah Naib Canselornya, Prof. Datuk Zaini Ujang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...