Wednesday 31 October 2012

Taufan Sandy Mengancam New York ( 3 gambar)








NEW YORK - Gabenor New York, Andrew Cuomo mengisytiharkan darurat menjelang ketibaan Taufan Sandy yang kini sedang menghala ke pantai timur Amerika Syarikat dari kepulauan Caribbean dan Bahamans.

“Kami melaksanakan pelan bersepadu dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan, agensi Persekutuan dan negeri turut memantau pergerakan taufan ini,” katanya.

Jabatan Metodologi New York melaporkan, taufan itu dijangka bertukar menjadi ribut petir serta hujan lebat bermula Isnin atau Selasa ini.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berkata, penduduk di kawasan pantai dipindahkan dan operasi kereta api dan bas ditutup, sekiranya perlu.

“Taufan ini bakal mencecah kelajuan angin sehingga 62 kilometer sejam dan amat bahaya kepada penduduk," katanya.

Di Port-Au-Prince, Caribbean, angka korban akibat taufan ini meningkat kepada 38 orang dengan 26 daripadanya dari Haiti diikuti 11 maut di Cuba dan seorang di Jamaica, sejakJumaat lalu.

2 comments:

  1. tak heran kalau kena pun, sebab negara laknat, lagipun rakyat diaorang kaya, apabila dengar je taufan datang, diaorang boleh borong 3 ke 4 troli barang makanan di pasaraya.
    Kalau kat Malaysia, berapa org boleh buat macam tu, setakat dalam poket ada rm50, separuh troli barang tu pun tak penuh.

    ReplyDelete
  2. btoi2...ptot dh jd cmtu biaq ja kat depa..ni malaysia siap nk p tlg lg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...