Sunday 28 October 2012

Kontroversi PE3 dan PEKIDA



Masihkah anda ingat kontroversi yang timbul antara Pekida dan Syamsul Yusof mengenai filem KL Gangster? .Kali ini pula filem PE3 arahan Farid Kamil dikatakan mempersenda Pekida kerana menggunakan logo angka 3 warna dan slogan yang hampir sama.

Datuk Roslan Dahaman yang merupakan Pengerusi Pekida telah berkata kepada Harian Metro hari ini:-

Banyak lagi nombor yang boleh digunakan, mengapa guna logo angka tiga… Tidak perlu guna angka yang boleh mengundang keraguan orang ramai. Apapun alasan mereka, warna utama yang digunakan sebagai logo filem itu mempunyai 100% persamaan dengan Pekida. Mengapa perlu guna warna pertubuhan ini atau warna yang boleh menjadi kontroversi. Banyak lagi warna yang ada… Tak perlu guna elemen yang membawa kepada pelbagai polemik. Sudahlah guna warna seakan pertubuhan ini.. slogan filem “Bapak segala gangster” juga mengundang pelbagai keraguan. Adakah mereka ingin memberi gambaran buruk kepada pertubuhan Pekida?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...